Diceritakan sebuah kisah bahawa seorang daripada sahabat Rasulullah bernama al-Qamah merupakan seorang yang sangat taat menjalankan perintah Allah. Pada suatu hari dia telah jatuh sakit. Namun ketika menghadapi sakaratul mautnya,al-Qamah tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah.
Setelah melihat sendiri keadaan itu Rasulullah bertanya “apakah ibunya masih ada, dan panggillah dengan segera”. Si ibu pun berkata “ Ya Rasulullah,anakku sangat taat kepada Allah dan Rasulnya,tetapi kadang kala aku merasakan dia menyayangi isterinya lebih daripada aku.Inilah yang menyedihkanku. Tahulah Rasulullah ibu al-Qamah berkecil hati dengan sikapnya dan inilah dosa yang menyebabkan al-Qamah tidak dapat mengucap.Lalu Rasulullah perintahkan supaya dia dibakar. Maka menangislah si ibu dan bersumpah memaafkan al-Qamah,dan ketika itu jugalah al-Qamah dapat menyebut kalimah tauhid dengan sempurna.
Ingatlah! Kita wajib taat kepada ibubapa dan janganlah berbuat sesuatu yang menyakitkan hati mereka biarpun perkara yang kecil.
No comments:
Post a Comment