Monday, January 4, 2010

AZAM...REALITI @ FANTASI


Terkenang aku sepuluh tahun yang lalu, semasa masih menuntut di SMAKJ, seorang guru membacakan tajuk besar sebuah akhbar, tulisan seorang sasterawan negara sempena hari guru , ” MURID CEMERLANG KERANA DI SAYANGI ATAU MURID DI SAYANGI KERANA CEMERLANG. ” Kami di minta berfikir tentang sesuatu yang tersirat dalam kenyataan tersebut. Sekali pandang nampak sama tetapi bagi yang berfikir pasti ada bezanya. Insya allah, inilah azam aku, semoga dengan didikan yang disulam dengan perhatian dan kasih sayang akan melahirkan insan cemerlang. Doakan agar azam ini menjadi realiti bukan sekadar fantasi..jom sama-sama muhasabah diri. Buat cikgu-cikgu SMAKJ 1990-an, terima kasih kerana ketegasan dalam kasih sayang anda menjadikan aku antara insan yang mendapat keputusan baik tahun itu. Terima kasih juga yang tak terhingga buat semua guru di TADIKA, SKFKB, SAFKB, MAAHAD JB & IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, MAK ABAH kerana anda semua antara pendidik yang menjadikan aku insan yang berilmu..

Sunday, January 3, 2010

SALAM 2010..KEMBALI KE SEKOLAH


Selamat tahun baru buat teman-teman...esok merupakan hari pertama persekolahan sesi 2010.. pelbagai perasaan yang bercampur baur di dalam hati dan fikiran..rasa teruja untuk bertemu dan berkenalan dengan murid-murid baru,..tersemat juga semangat yang berkobar – kobar untuk menyampaikan ilmu,. dan antara pelbagai perasaan itu, jauh di sudut hati ini terselit juga kebimbangan..bersediakah aku menghadapi cabaran dalam alam pendidikan..sabarkah aku berdepan dengan kerenah dan keriuhan anak-anak didik di samping tuntutan dalam pendidikan yang pelbagai?..ya Allah didiklah aku dengan sifat sabar..moga anak didikku menjadi insan cemerlang dalam pendidikan dan berakhlak mulia..amin ya rabbal’alamin. Buat ibubapa di luar sana berilah kami sokongan, marilah sama-sama kita bergandingan dalam usaha melahirkan anak-anak yang cemerlang bukan sekadar dalam pendidikan tetapi juga dalam pembentukan akhlak yang mulia.