Sunday, December 20, 2009

ANDAINYA TERLUPA....

...Hawa dijadikan daripada rusuk Adam dan bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, TETAPI adalah dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai...wanita itu umpama tulang yang bengkok,..andai di biar dan diabai maka akan terus bengkoklah ia, andai direntap pula maka akan patahlah ia..oleh itu...didik dan bimbinglah wanita itu dengan penuh hikmah dan kelembutan...

" TAHNIAH,..BUAT TEMAN-TEMAN YANG MELANGSUNGKAN WALIMAH MUSIM CUTI NI...MOGA BERKEKALAN, RUKUN DAN DAMAI HINGGA AKHIRNYA "

Saturday, December 19, 2009

redha & qana'ah

Manusia adakalanya terlupa..Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Bijaksana dalam mengatur perjalanan hidup hamba-Nya..ada yang kita impikan kadangkala tidak menjadi milik kita..ada yang kita tidak suka namun ia menjadi milik kita..ini kerana sesuatu yang kita suka mungkin ada keburukan dalam pengetahuanNya,begitu juga sebaliknya..ada sesuatu yang kita benci,tetapi mengandungi kebaikan dalam pengetahuan-Nya..oleh itu terimalah ketentuan Allah dengan redha dan qana'ah disamping usaha dan doa agar dimudahkan segala urusan hidup kita.

Kasih Syurga

Sayangilah ibubapa sementara anda masih memilikinya..perginya mereka gelap dunia..tidak mungkin ada gantinya..Mak dan Abah kasihmu sampai ke syurga..

BLOG RAKAN IPTI

Cikgu.net
Darussyifa
http://bintuaris-fariza.blogspot.com
http://gokuo5.blogspot.com
http://hajarsaid.blogspot.com
http://haryatihamdi.blogspot.com
http://istanaberlian.blogspot.com
http://juliahishar@blogspot.com
http://kasihiftitahku.blogspot.com
http://keluargabahagia-suhaizah.blogspot.com
http://khairiyahmuslim@blogspot.com
http://mamanajibah.blogspot.com
http://najlafathi.blogspot.com
http://nallysm.blogspot.com
http://norhafizahsapari.blogspot.com
http://nurharmoni-sakinah.blogspot.com
http://nurinnuha.blogspot.com
http://nurkasih-mazlah.blogspot.com
http://ruhadiah.blogspot.com
http://safat3blogspot.com
http://sherry-sharifah.blogspot.com
http://sitiazami.blogspot.com
http://sitifatimatuzahrah.blogspot.com
http://umihakimi.blogspot.com
Ustaz Zaharuddin

Friday, December 18, 2009

TAZKIRAH SOLAT


“ SOLAT ITU KUNCI SYURGA”

** Tanpa mengerjakan solat, kita tidak akan dapat masuk ke dalam Syurga.


JOM BERKENALAN DENGAN KEKASIH ALLAH

Baginda merupakan kekasih ALLAH .
Nama : Nabi Muhammad b. Abdullah
T/ Lahir : 12 Rabi’ul Awal Tahun
Gajah / 20 April 571 M.
T/ Lahir : Mekah al- Mukaramah.
Nama Bapa : Abdullah b Abdul
Mutalib.
Nama Ibu : Aminah bt Wahab.
Pekerjaan yang
pernah dilakukan : Pengembala Kambing & Pedagang.
Gelaran : Al- Amin.
Jawatan : Nabi & Rasul Allah.
Hobi : Bersolat, membaca al-
Quran, berzikir &
Melakukan segala
kebaikan.

Thursday, December 17, 2009

HAK KANAK-KANAK


Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi hak-hak yang sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia di dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan merupakan perhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut.

Menurut ahli Psikologi, kehidupan manusia ini terbahagi kepada dua peringkat.Peringkat pertama iaitu sejak ia lahir hingga berusia 18 tahun atau 20 tahun.Peringkat kedua iaitu berusia 20 tahun sehingga meninggal dunia.Pada peringkat pertama tadi, ia terbahagi kepada tiga bahagian iantu sejak lahir sehingga mengjangkau umur enam tahun,ketika berusia tahun sehingga berusia tiga belas tahun manakala bahagian ketiga ketika berusia 13 tahun sehingga berusia 18 atau 20 tahun.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang.Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia berhajat kepada makanan dan minuman.Kasih sayang kepada anak-anak adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan pertama yang sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa.Menurut ahli psikologi,kanak-kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utama iaitu:Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak ,ia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang yang sepenuhnya ,maka ia dapat membentuk pemikiran yang kreatif dan bernas.Di samping itu,kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.Ketiga:Pembentukan dari segi masyarakat .Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.

Hak kanak-kanak sebelum dilahirkanAntara keistimewaan syariat islam ialah ia telah menggariskan hak kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu dilahirkan di dunia ini lagi.Antara hak-hak tersebut ialah:1. Ikatan perkahwinan suami isteri yang sah.Islam melarang keras perhubungan diantara lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan perkahwinan yag sah.Adalah menjadi hak kanak-kanak supaya ikatan ibubapanya merupakan ikatan yang sah dari segi syarak supaya keturunannya terpelihara2. Akidah ibubapa yang sama. Islam melarang seseorang muslim berkahwin dengan orang kafir kecuali ia memeluk agama islam.Seseorang lelaki yang hendak berkahwin hendaklah mencari perempuan yang solehah.Saidina Umar r.a pernah ditanya ; hendaklah seorang bapa memilih isterinya yang solehah, hendaklah menamakan anak-anaknya dengan nama yang baik dan hendaklah ia mengajarkan al-Quran.3. Dilarang membunuh kanak-kanak dan membenci anak perempuan. Dalam masyarakat Jahiliah dahulu mereka membunuh kanak-kanak perempuan kerana menganggap ia boleh membawa malapetaka kepada keluarga. Oleh demikian semasa kedatangan Islam, Islam telah membawa sinar baru dalam kehidupan wanita serta mengangkat martabat mereka. Islam juga melarang membunuh kanak-kanak disebabkan takut kepada kemiskinan. Firman Allah yang bermaksud:"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana khuatirkan kealpaan dan kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka itu adalah satu dosa yang besar.4. Ibubapa perlu menyediakan persiapan untuk kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Ibubapa hendaklah bersedia untuk mendidik anak-anak tersebut sehingga besar dengan didikan nilai-nilai murni dan mulia. Persiapan ini termasuk dari segi material dan kerohanian.

Hak kanak-kanak selepas lahir ke dunia.1. Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga seorang bayi sebaik sahaja ia lahir ke dunia .Antara rahsia dan hikmah azan ini ialah supaya kalimat yang mula-mula sekali didengar ialah kalimat tauhid, kalimah mengesakan Allah, kalimah syahadah ,mengajak menunaikan solat dan menuju kejayaan. Diriwayatkan dari Abu Daud dan al-Turmizi dari Abu Rafie bahawa Rasulullah mengazankan di telinga Hassan bin Ali sebaik sahaja dilahirkan oleh Fatimah. Di samping itu juga ia bertujuan untuk menghambat syaitan yang sentiasa menjadi musuh kepada manusia dan bersedia menggodanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Siapa yang mendapat anak lalu ia azan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya nescaya syaitan tidak dapat memudharatkan.”2. Melakukan Tahnik, mencukur rambut dan Akikah. Tahnik bayi bererti menggosok-gosok langit-langit bayi dengan sedikit buah tamar yang telah dilecek atau dimamah supaya lembut. Disunatkan ketika memberikannya itu, kanak-kanak itu didoakan agar hidupnya sentiasa dalam keberkatan. Seeloknya orang yang hendak melakukan tahnik ini terdiri daripada orang yang soleh dan bertaqwa.3. Mencukur rambut bayi ini dilakukan sebelum akikah dan sebaik-sebaiknya pada hari yang ketujuh dari kelahiran bayi. Ia merupakan sebagai lambang ibadat dan kesyukuran kepada Allah. Akikah ialah kenduri kesyukuran dengan menyembelih binatang sempena kelahiran bayi. Bagi kanak-kanak lelaki ialah dua ekor kambing manakala kanak-kanak perempuan satu ekor kambing.Walaubagaimanapun harus menyembelih seekor sahaja untuk anak lelaki kerana Rasulullah SAW pernah melakukan dengan menyembelih akikah seekor untuk Hassan dan seekor untuk Husain.4. Memberi nama yang baik. Ibubapa bertanggungjawab memberi nama yang baik kepada anaknya .Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Di antara hak anak yang mesti ditunaikan oleh bapa tiga perkara:mengelokkan namanya bila ia lahir ,mengajarkannya al-Quran apabila ia matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh".Para ulama menyebutkan bahawa harus menukar nama daripada nama yang buruk maknanya kepada nama yang lebih baik maknanya.Pada hari qiamat nanti semua manusia akan dipanggil dengan nama-namanya di dunia ini.5. Hak Menyusu. Ibubapa bertanggungjawab menyusukan anaknya terutama dalam dua tahun pertama.Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan ibu itu wajib menyusui anak-anak mereka dalam tempoh dua tahun sempurna bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan tersebut".(al-baqarah 233) 6. Mengkhatannya.Berkhatan adalah satu amalan fitrah.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Amalan fitrah ada lima perkara:mencukur bulu ari-ari, berkhatan,mengunting misaim,mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.Menurut para ulama hokum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan bagi bayi perempuan.Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:i. Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.Ini merupakan pendapat Imam Ahmad,Ataa',Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza'iy.ii. Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.iii. Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah.(Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365 dan fathul Bari jil 10.hal 340)Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan adalah sunat muakkad bagi kanak-kanak perempuan.Mereka berdalilkan bahawa ia adalah "millah Abina Ibrahim"(mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan.Bagi kanak-kanak perempuan ,khatan ini dikenali sebagai "khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan atas faraj.mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita.Ini menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah.

Memberi Pendidikan dan Ilmu PengetahuanSetiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh.Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka.Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.Antaranya ialah:i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.ii. Mengajar cara-cara sembahyang Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.”iii. Mengajar ilmu pengetahuanIbubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.iv. Mengajar al-QuranRasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :"Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."v. Mendidik mengenali kejadian ala miniIbubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat".

Hukum Penggunaan Tabung Uji

Penggunaan tabung uji bermaksud melakukan proses persenyawaan air mani lelaki ke dalam rahim perempuan bukan dengan cara hubungan jenis.Para ulama berpendapat seperti berikut:1. Jika penggunaan tabung uji ini berlaku antara suami dengan isteri yang sah maka adalah harus dan jika berlaku selain dari suaminya maka adalah haram sama ada ia bersetuju atau tidak.2. Jika air mani suami isteri itu diletakkan ke dalam rahim perempuan yang lain, maka adalah haram juga kerana bercampur nasab sama ada hendak dinasabkan kepada suami isteri tersebut atau kepada orang yang mengandungkannya.(ibu tumpang)

Hukum menggugurkan kandungan Janin.Para ulama golongan shafie telah bersepakat bahawa peguguran kandungan janin adalah diharamkan apabila janin itu telah ditiupkan roh iaitu selepas 120 hari atau lebih dari 4 bulan.Jika sebelum ditiupkan roh,maka terdapat dua pandapat ulama iaitu:pendapat pertama menyebutkan bahawa haran sejak percampuran air mani lelaki dan perempuan sama ada sebelum ditiupkan roh atau selepasnya.Sementara pendapat kedua menyebutkan bahawa harus sebelum ditiupkan roh dan haram secara mutlak selepas ditiupkan roh.(Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin oleh Zabidi,jil 6,hal 188 dan Ihya'Ulmuddin oleh Imam al-Ghazali,jil. 2 hal. 47)Imam al-Ramli membuat kesimpulan di dalam kitabnya "Nihayatul Muhtaj" selepas mengambil pendapat Imam al-Ghazali yang mengharamkan pengguguran kandungan dengan menyatakan bahawa pendapat yang rajah (yang palinh sesuai ) ialah haram secara mutlak selepas ditiupkan roh dan harus sebelum itu.(Nihayul Muhtaj oleh Imam al-Ramli ,jil.8,hal.416.Dipetik dari kitab Darurat fi Syariat Islamiyyah oleh Mahmud Muhammad Abdul Aziz,hal.172)Penulis bersetuju dengan pandangan diatas dan harus menggugurkan kandungan tersebut selepas 4 bulan sekiranya janin tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang mengandungkannya dan perkara ini mesti disahkan oleh doctor yang berwibawa dan dipercayai kebenarannya.Ibu juga bertanggungjawab memelihara janinnya dari keguguran dan diharuskannya berbuka puasa jika dikhuatirkan boleh membawa mudarat terhadap diri dan janinnya.Islam juga tidak membenarkan melakukan qisas (hukuman bunuh) dan lain-lain hukuman dalam keadaan seseorang ibu yang mengandung .Jika ibu tersebut itu mati sementara janinnya itu hidup ,maka harus dikeluarkan janin tersebut.

Anak Yatim

Anak yatim adalah anak yang kematian ibubapa atau salah seorang daripadanya semasa ia kecil atau belum baligh atau anak yang kematian bapanya sebelum ia menjakau umur baligh.Islam mewasiatkan kepada umat manusia supaya melakukan hubungan baik dengan anak yatim,memberi perlindungan dan pengajaran ynag rapi serta memberi hak-hak mereka.Firman allah SWT yang bermaksud:"Oleh sebab itu ,maka anak yatim janganlah kamu hinakan."(al-Dhuha 9)" Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?Iaitu orang yang menengking anak yatim."(al-Ma'un 1-2).Islam juga menegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Nisa' ayat 6.

Kesimpulan

Peranan masyarakat amat penting dalam mendidik kanak-kanak supaya mencorak masa depan mereka.Mereka merupakan aset yang terpenting demi kesinambungan generasi kini.Gejala-gejala yang berlaku seperti penderaan kanak-kanak,lari dari rumah ,gadis be;asan tahun dijadikan pelacur,kanak-kanak terpaksa menjadi tenaga buruh,seks bebas dikalangan remaja dan harus dibendung dengan segera.Ia memerlukan kepada peranan seluruh masyarakat ,badan-badan sukarelawan ,badan-badan dakwah ,pertubuhan-pertubuhan NGO dan pihak pemerintah bagi mengatasi perkara ini.Untuk mengatasi masalah ini disarankan:1. Memberi kefahaman kepada ibubapa mengenai pentingnya pendidikan agama dalam institusi keluarga dengan memupuk nilai-nilai murni dan sejagat.2. Badan-badan dakwah dan sukarelawan ,pertubuhan-pertubuhan NGO harus mempergiatkan aktiviti bersama para remaja dengan memberi panduan dalam membina masa depan mereka.3. Seluruh masyarakat seharusnya bermuafakat bagi membentuk auasana harmonis,kasih sayang dan aktif dalam proses pembinaan diri kanak-kanak.Kita merasa hairan kepada orang yang ingin memperjuangkan hak kanak-kanak tetapi mereka menghalalkan "hubungan perzinaan" kerana untuk melahirkan kanak-kanak yang mantap seharusnya bermula dari ikatan perkahwinan yang sah.Begitu juga institusi kekeluargaan yang kukuh merupakan amanah dari Allah Yang Maha Kuasa dan anak yang soleh itu akan memberi kebahagiaan untuk ibubapanya di dunia dan di akhirat.Di negara umat Islam terdapat kanak-kanak yang buta huruf, menjadi buruh kasar dan tidak ada perlindungan yang khas bagi mereka.Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memastikan kesinambungan kekuatan zuriat-zuriat mereka dalam menempuh alaf baru.
Peranan masyarakat amat penting dalam mendidik kanak-kanak supaya mencorak masa depan mereka.Mereka merupakan aset yang terpenting demi kesinambungan generasi kini.Gejala-gejala yang berlaku seperti penderaan kanak-kanak,lari dari rumah ,gadis be;asan tahun dijadikan pelacur,kanak-kanak terpaksa menjadi tenaga buruh,seks bebas dikalangan remaja dan harus dibendung dengan segera.Ia memerlukan kepada peranan seluruh masyarakat ,badan-badan sukarelawan ,badan-badan dakwah ,pertubuhan-pertubuhan NGO dan pihak pemerintah bagi mengatasi perkara ini.Untuk mengatasi masalah ini disarankan:1. Memberi kefahaman kepada ibubapa mengenai pentingnya pendidikan agama dalam institusi keluarga dengan memupuk nilai-nilai murni dan sejagat.2. Badan-badan dakwah dan sukarelawan ,pertubuhan-pertubuhan NGO harus mempergiatkan aktiviti bersama para remaja dengan memberi panduan dalam membina masa depan mereka.3. Seluruh masyarakat seharusnya bermuafakat bagi membentuk auasana harmonis,kasih sayang dan aktif dalam proses pembinaan diri kanak-kanak.Kita merasa hairan kepada orang yang ingin memperjuangkan hak kanak-kanak tetapi mereka menghalalkan "hubungan perzinaan" kerana untuk melahirkan kanak-kanak yang mantap seharusnya bermula dari ikatan perkahwinan yang sah.Begitu juga institusi kekeluargaan yang kukuh merupakan amanah dari Allah Yang Maha Kuasa dan anak yang soleh itu akan memberi kebahagiaan untuk ibubapanya di dunia dan di akhirat.Di negara umat Islam terdapat kanak-kanak yang buta huruf, menjadi buruh kasar dan tidak ada perlindungan yang khas bagi mereka.Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memastikan kesinambungan kekuatan zuriat-zuriat mereka dalam menempuh alaf baru.Peranan masyarakat amat penting dalam mendidik kanak-kanak supaya mencorak masa depan mereka.Mereka merupakan aset yang terpenting demi kesinambungan generasi kini.Gejala-gejala yang berlaku seperti penderaan kanak-kanak,lari dari rumah ,gadis be;asan tahun dijadikan pelacur,kanak-kanak terpaksa menjadi tenaga buruh,seks bebas dikalangan remaja dan harus dibendung dengan segera.Ia memerlukan kepada peranan seluruh masyarakat ,badan-badan sukarelawan ,badan-badan dakwah ,pertubuhan-pertubuhan NGO dan pihak pemerintah bagi mengatasi perkara ini.Untuk mengatasi masalah ini disarankan:1. Memberi kefahaman kepada ibubapa mengenai pentingnya pendidikan agama dalam institusi keluarga dengan memupuk nilai-nilai murni dan sejagat.2. Badan-badan dakwah dan sukarelawan ,pertubuhan-pertubuhan NGO harus mempergiatkan aktiviti bersama para remaja dengan memberi panduan dalam membina masa depan mereka.3. Seluruh masyarakat seharusnya bermuafakat bagi membentuk auasana harmonis,kasih sayang dan aktif dalam proses pembinaan diri kanak-kanak.Kita merasa hairan kepada orang yang ingin memperjuangkan hak kanak-kanak tetapi mereka menghalalkan "hubungan perzinaan" kerana untuk melahirkan kanak-kanak yang mantap seharusnya bermula dari ikatan perkahwinan yang sah.Begitu juga institusi kekeluargaan yang kukuh merupakan amanah dari Allah Yang Maha Kuasa dan anak yang soleh itu akan memberi kebahagiaan untuk ibubapanya di dunia dan di akhirat.Di negara umat Islam terdapat kanak-kanak yang buta huruf, menjadi buruh kasar dan tidak ada perlindungan yang khas bagi mereka.Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memastikan kesinambungan kekuatan zuriat-zuriat mereka dalam menempuh alaf baru.

Monday, December 14, 2009

MARI BERZIKIR



Subhanallah..Alhamdulillah wala ilaha illallah, Allahu Akbar..

Bagus... Pahala tu... Berzikirlah..

KISAH ALQAMAH



Diceritakan sebuah kisah bahawa seorang daripada sahabat Rasulullah bernama al-Qamah merupakan seorang yang sangat taat menjalankan perintah Allah. Pada suatu hari dia telah jatuh sakit. Namun ketika menghadapi sakaratul mautnya,al-Qamah tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah.
Setelah melihat sendiri keadaan itu Rasulullah bertanya “apakah ibunya masih ada, dan panggillah dengan segera”. Si ibu pun berkata “ Ya Rasulullah,anakku sangat taat kepada Allah dan Rasulnya,tetapi kadang kala aku merasakan dia menyayangi isterinya lebih daripada aku.Inilah yang menyedihkanku. Tahulah Rasulullah ibu al-Qamah berkecil hati dengan sikapnya dan inilah dosa yang menyebabkan al-Qamah tidak dapat mengucap.Lalu Rasulullah perintahkan supaya dia dibakar. Maka menangislah si ibu dan bersumpah memaafkan al-Qamah,dan ketika itu jugalah al-Qamah dapat menyebut kalimah tauhid dengan sempurna.


Ingatlah! Kita wajib taat kepada ibubapa dan janganlah berbuat sesuatu yang menyakitkan hati mereka biarpun perkara yang kecil.

IKTIBAR DARI KISAH KUMBANG


Suatu masa dahulu, ada seorang lelaki yang sangat benci kepada kumbang, baginya kumbang itu sangat hodoh dan busuk. Dia bertanya,” untuk apa Allah mencipta kumbang ”.Temannya menjawab, “ Setiap ciptaan Allah ada manfaatnya. Suatu masa, lelaki itu ditimpa penyakit bisul. Lalu dia mendapatkan rawatan daripada ramai doktor, namun bisulnya tidak sembuh juga.Suatu hari dia bertemu dengan seseorang yang juga pernah terkena bisul.Lalu orang itu memberitahu, dia menggunakan kumbang untuk mengubati bisulnya.Lelaki itu terperanjat.Temannya pula mentertawakannya kerana tahu lelaki itu cukup benci dengan kumbang.Dan orang yang mengubati lelaki itu telah mengambil beberapa ekor kumbang dan membakarnya.Kemudian abu kumbang itu diletakkan pada bisul lelaki tersebut.Dengan izin Allah maka sembuhlah penyakitnya itu.Sejak itu dia tidak lagi memandang hina kepada kumbang.

** Janganlah kita memandang hina kepada makhluk Allah yang lain, kerana Allah Maha Bijaksana dan setiap yang dijadikan-Nya ada manfaat dan faedahnya

RENUNGKAN...

“ Malu itu sebahagian dari iman ”

* Fikirkanlah.. Semoga kita masih ada sifat malu untuk melakukan maksiat, malu untuk membuka aurat dan malu untuk meninggalkan solat.

Sunday, December 13, 2009

UNTUNGNYA KITA...

Tahukah adik – adik kisah Nabi Idris alaihisalam . Baginda pernah masuk ke dalam syurga dan baginda juga telah meminta izin dari Allah untuk tinggal selama-lamanya di dalam syurga. Namun Allah tidak dapat menunaikan permintaan baginda, kerana peraturan yang telah ditetapkan-Nya iaitu :

*Dibenarkan masuk ke Syurga bagi orang-orang yang taat .
*Dibenarkan orang masuk ke Syurga setelah hari Kiamat.
*Dibenarkan orang masuk ke Syurga setelah dihisab.
*Dibenarkan orang masuk ke Syurga setelah umat Nabi Muhammad masuk terlebih dahulu ke dalamnya.

SALAM BUATMU GURU


Guruku..
Kita hanyalah tetamu sepi di sini..
Jika roh terpisah dari jasad...
Jika kenangan terpisah dari ingatan..
Namun ketahuilah bahawa jasamu
akan sentiasa ku kenang..
“ SELAMAT HARI GURU ”


Cikgu...
Andai tangan tidak kuasa berjabat,
Setidaknya kata masih terungkap,
Dengan setulus hati terima kasih ku ucap,
Mohon maaf atas segala salah dan silap.
“ SELAMAT HARI GURU ”

BAROKAH AL-QURAN




Ya Allah, hiasilah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan Al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dalam Syurga dengan syafa’at Al-Quran, selamatkan kami dari segala bencana dan azab hari akhirat dengan berkat kerahmatan Al-Quran ”

Saturday, December 5, 2009

PENCAPAIAN KO-KURIKULUM


Era 1990an
Johan Berzanji Perempuan Peringkat Zon dan Daerah

2003
Naib Johan Tafsir Ayat Peringkat Zon.

2004
Naib Johan Tafsir Ayat Peringkat Zon

2005
Johan Tafsir Ayat Peringkat Zon
Naib Johan Berzanji Perempuan Peringkat Zon
Naib Johan Tafsir Ayat Peringkat Daerah

2006
Johan Kuiz Tahap Satu Peringkat Zon dan Daerah

2007
-

2008

2009
Johan Al Quran tahap1 putera
Naib johan kuiz tahap 1

SAFUD

SAFUD-SEJARAH SEKOLAH AGAMA FELDA ULU DENGAR


Sekolah Agama Felda Ulu Dengar mula beroperasi pada awal tahun 1981 yang telah dipelopori oleh Tn Hj Talib b.Sharif sebagai pengerusi dan Ustaz Taufik b.Omar sebagai guru Bantuan Felda.

Sekolah agama ini pada asalnya telah menumpang di Sekolah Agama Felda Kahang Timur.Pada tahun 1987,Sekolah Agama Felda Ulu Dengar telah mula dibina di kawasan tanah yang berkeluasan 1,939 hektar di Felda Ulu Dengar dengan kos perbelanjaannya sebanyak RM50,000.bilangan muridnya ketika itu ialah seramai 600 orang.

Sekolah ini akhirnya telah menjadi salah sebuah sekolah agama yang ditadbir oleh Jabatan Agama Daerah Kluang di bawah Jabatan Pendidikan Agama Kluang dengan bilangan guru seramai 5 orang.


VISI

* .Mengurus dan mengawal hal ehwal umat Islam di negeri Johor yang bersangkut paut dengar ajaran Islam.

* Mengawal hal ehwal yang bersangkut paut dengan akidah umat Islam di Negeri Johor

MISI
* Menyedia dan memberi kemudahan pendidikan Islam yang merangkumi fardhu ain dan fardhu kifayah kepada semua pelajar Islam yang bermastautin di negeri Johor Darul Takzim ke arah melahirkan pelajar yang berilmu ,bertaqwa dan berakhak mulia selaras dengan Dasar Pendidikan Agama Negeri Johor.

Monday, November 30, 2009

Sayang Remaja



Bilangan pelajar terlibat dalam pergaduhan, menyertai kumpulan samseng, lepak, mencuri, mengugut guru, lumba haram, penyalahgunaan dadah dan terlibat gejala lucah terus meningkat dari masa ke semasa. Keadaan ini perlu dipandang serius. Sekiranya tidak diatasi secara berkesan, bakal mengundang masalah lebih besar kepada masyarakat dan negara.

Ini berlaku berpunca lemahnya asas didikan akhlak dan pekerti di kalangan pelajar. Lemah nilai akhlak dan pekerti mulia adalah permulaan kemusnahan hidup seseorang dan malapetaka kepada masyarakat keseluruhannya.

Akhlak atau pekerti adalah kekuatan diri. Diri seseorang dinilai berdasarkan kepada akhlak yang menghiasi dan memperkuatkan jati dirinya. Sekiranya akhlak yang diamalkan baik, maka keseluruhan hidup menjadi baik dan begitulah sebaliknya.

Sesungguhnya pembentukan akhlak dalam diri seseorang tidak boleh dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Proses itu melalui didikan, penghayatan dan amalan sepanjang hayat yang lahir dari asuahan ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Justeru, masalah keruntuhan akhlak pelajar perlu diberi perhatian serius mengatasinya. Golongan pelajar bakal mengambil alih teraju pemerintahan negara.

Usaha mengatasi keruntuhan akhlak remaja perlu menjadi agenda penting sepanjang masa dan bukan hanya apabila ada pendedahan salah laku remaja.

Semua pihak perlu memainkan peranan untuk mengatasi senarai kesalahan pelajar yang semakin panjang. Lebih membimbangkan sekarang ini tahap kesalahan akhlak remaja sekarang sudah setaraf kesalahan jenayah orang dewasa. Ibu bapa wajib menunjukkan tauladan yang baik dan menghindarkan melakukan perbuatan buruk untuk dicontohi anak-anak. Sebenarnya melakukan kebaikan dituntut dilakukan semua orang untuk kebaikan diri sendiri. Dengan kata lain, perbuatan baik itu untuk kebaikan ibu bapa sendiri, selain sebagai contoh kepada anak. Sesiapa tidak berakhlak mulia tidak akan menikmati kehidupan sempurna dan selamat. Nilai kenikmatan dan kesempurnan hidup terletak pada akhlak yang sempurna. Sekiranya akhlak rosak, maka runtuhlah nilai kehidupan manusia.

Kehidupan manusia tanpa akhlak akan melatakkan taraf dirinya sama seperti kedudukan sebagai haiwan. Sesungguhnya kemuliaan manusia kerana akhlaknya. Akhlak adalah akal budi yang menjadi ukuran sebenar kualiti kehidupan manusia.

Oleh itu, Islam amat mementingkan pembentukan akhlak mulia manusia. Ketika syariat Islam mula disebarkan oleh Rasulullah, perkara utama dilakukan ialah memperbaiki akhlak masyarakat Arab yang ketika itu berada pada tahap paling buruk.

Untuk membimbing manusia ke arah akhlak mulia, maka Rasulullah terlebih dahulu menunjukkan contoh yang baik. Sejak awal lagi, masyarakat di kota Makkah amat mengkagumi peribadi Rasulullah dan dipanggil al-amin.

Apa yang ditunjukkan Rasulullah satu pengajaran kepada ibu bapa dan masyarakat untuk mendidik golongan lebih muda. Ibu bapa dan orang dewasa adalah contoh ikutan pelajar. Tanpa contoh dan ajaran, pelajar akan terdedah dengan pengaruh lain yang lebih banyak menyebabkan keburukan.

Cara mendidik bukan dengan secara memberitahu atau menyatakan teorinya saja. Mesti ada contoh untuk diikuti. Pelajar lebih mudah mengikuti apa yang dilakukan orang dewasa, berbanding mendengar saja itu baik dan ini buruk.

Sesungguhnya, apa dilakukan ibu bapa lebih banyak mempengaruhi pembentukan akhlak anak-anak berbanding apa yang dicakapkan. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa menunjukkan tauladan yang baik agar mudah diikuti.

Didikan akhlak adalah harta pusaka paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Anak-anak yang terdidik akhlaknya dapat menggunakan harta paling berharga itu sepanjang hidupnya tanpa berkurang sedikit.

Sebaliknya, ibu bapa yang meninggalkan harta benda yang banyak kepada anak-anak, tetapi miskin akhlaknya akan melalui hidup yang sukar. Jumlah harta semakin digunakan semakin berkurangan terutama sekali jika tidak diuruskan dengan baik.

Anak yang runtuh moral menggunakan harta kekayaan milik ibu bapa dengan melakukan perbuatan yang akan merosakkan diri sendiri. Sikap boros, bongkak dan membelanjakan kekayaan ke arah kemusnahan adalah sikap orang yang rosak akhlaknya.

Sebab itu, ibu bapa yang baik lebih mementingkan memberi kasih sayang, mendidik pekerti mulia dan memberi perhatian kepada anak sebagai bekalan meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI SAFUD







IHYA' RAMADHAN- Program dimulakan dengan aktiviti tadarus al-Quran setiap hari selepas solat Fardhu Asar dengan bimbingan guru kelas masing-masing mengikut juzuk-juzuk yang telah ditentukan. Kemuncak pada program tadarus ini ialah Majlis Khatam al-Quran yang diadakan pada 7 September 2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430.Peserta khatam telah dipilih daripada kalangan murid-murid yang mempunyai tahap bacaan yang baik. Majlis khatam ini telah mendapat tajaan penuh daripada Badan Kebajikan Sekolah Agama dan Badan Agama Felda Ulu Dengar..alhamdulillah.

Friday, November 20, 2009

Nikmat

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami rafa'kan kepada-Mu atas nikmat iman dan islam. Besar harapan dan doa kami, agar nikmat-Mu ini berkekalan hingga akhir hayat kami..amin.