Sunday, June 13, 2010

Penawar Anak Tidak Dengar Cakap Ibubapa

Sumber: http://ceritaabi.blogspot.com/ telah memetik daripada facebook Dato' Haron Din ;

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;
1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
8. Beri minum air tersebut kepada anak-anak. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.Pencegahan AwalDaripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Dia pilihan-Mu


Ya Allah, pertama kali melihat wajahnya lewat istikharah,..saat terjaga, minda berfikir, siapakah dia? Suatu saat ibu dan abah menyatakan ada risikan dan lamaran,mengia tidak menolak juga tidak,hanya pasrah andai inilah seruan-Nya. Saat dikhabarkan bentuk dan rupa wajahnya ketika majlis pertunangan, hati berdebar akal berputar.. Ya Allah, wajah ini yang Kau gambarkan lewat istikharah..hati ini berdoa,..Ya Allah.. memang dia pilihan-Mu, yang terbaik untukku dalam pengetahuan-Mu, namun andai berlaku kekeliruan atau perselisihan, kupohon bimbinglah kami dengan petunjuk dan hidayah-Mu, didiklah kami dengan sifat sabar, mudah-mudahan ini menjadi ibadah dalam mencari keredhaan-Mu. Amin


* Buat mak abah, keluarga, teman-teman dan anak didik yang sudi dan sering mendoakan, terima kasih banyak, teruskan berdoa untuk mereka yang anda sayang, kerana pasti ada insan lain yang mendoakan kalian..DOA ITU SENJATA MUKMIN.

Thursday, June 10, 2010

CANTIK..GAGAH..

Kecantikan seseorang wanita adalah terletak sejauh mana dia dapat menahan ( menjaga )malunya, sementara kegagahan seorang lelaki terletak sejauh mana dia dapat menahan ( menjaga ) marahnya.

Wednesday, June 9, 2010

HIKMAH MUSIBAH

" Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."

-Dipetik daripada Majalah Solusi.

Tuesday, June 8, 2010

Keruntuhan Moral Remaja

Hampir setiap hari, kita berdepan dengan masalah moral dan akhlak di kalangan remaja. Kes khalwat, zina, buang bayi dan pelbagai lagi. Pelbagai cara diusahakan sebagai langkah mengatasi gejala ini.Pokoknya, kembalilah kepada Allah, al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Muhasabahlah diri dan solat yang kita kerjakan. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita daripada maksiat dan kemungkaran.