Monday, November 30, 2009

Sayang Remaja



Bilangan pelajar terlibat dalam pergaduhan, menyertai kumpulan samseng, lepak, mencuri, mengugut guru, lumba haram, penyalahgunaan dadah dan terlibat gejala lucah terus meningkat dari masa ke semasa. Keadaan ini perlu dipandang serius. Sekiranya tidak diatasi secara berkesan, bakal mengundang masalah lebih besar kepada masyarakat dan negara.

Ini berlaku berpunca lemahnya asas didikan akhlak dan pekerti di kalangan pelajar. Lemah nilai akhlak dan pekerti mulia adalah permulaan kemusnahan hidup seseorang dan malapetaka kepada masyarakat keseluruhannya.

Akhlak atau pekerti adalah kekuatan diri. Diri seseorang dinilai berdasarkan kepada akhlak yang menghiasi dan memperkuatkan jati dirinya. Sekiranya akhlak yang diamalkan baik, maka keseluruhan hidup menjadi baik dan begitulah sebaliknya.

Sesungguhnya pembentukan akhlak dalam diri seseorang tidak boleh dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Proses itu melalui didikan, penghayatan dan amalan sepanjang hayat yang lahir dari asuahan ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Justeru, masalah keruntuhan akhlak pelajar perlu diberi perhatian serius mengatasinya. Golongan pelajar bakal mengambil alih teraju pemerintahan negara.

Usaha mengatasi keruntuhan akhlak remaja perlu menjadi agenda penting sepanjang masa dan bukan hanya apabila ada pendedahan salah laku remaja.

Semua pihak perlu memainkan peranan untuk mengatasi senarai kesalahan pelajar yang semakin panjang. Lebih membimbangkan sekarang ini tahap kesalahan akhlak remaja sekarang sudah setaraf kesalahan jenayah orang dewasa. Ibu bapa wajib menunjukkan tauladan yang baik dan menghindarkan melakukan perbuatan buruk untuk dicontohi anak-anak. Sebenarnya melakukan kebaikan dituntut dilakukan semua orang untuk kebaikan diri sendiri. Dengan kata lain, perbuatan baik itu untuk kebaikan ibu bapa sendiri, selain sebagai contoh kepada anak. Sesiapa tidak berakhlak mulia tidak akan menikmati kehidupan sempurna dan selamat. Nilai kenikmatan dan kesempurnan hidup terletak pada akhlak yang sempurna. Sekiranya akhlak rosak, maka runtuhlah nilai kehidupan manusia.

Kehidupan manusia tanpa akhlak akan melatakkan taraf dirinya sama seperti kedudukan sebagai haiwan. Sesungguhnya kemuliaan manusia kerana akhlaknya. Akhlak adalah akal budi yang menjadi ukuran sebenar kualiti kehidupan manusia.

Oleh itu, Islam amat mementingkan pembentukan akhlak mulia manusia. Ketika syariat Islam mula disebarkan oleh Rasulullah, perkara utama dilakukan ialah memperbaiki akhlak masyarakat Arab yang ketika itu berada pada tahap paling buruk.

Untuk membimbing manusia ke arah akhlak mulia, maka Rasulullah terlebih dahulu menunjukkan contoh yang baik. Sejak awal lagi, masyarakat di kota Makkah amat mengkagumi peribadi Rasulullah dan dipanggil al-amin.

Apa yang ditunjukkan Rasulullah satu pengajaran kepada ibu bapa dan masyarakat untuk mendidik golongan lebih muda. Ibu bapa dan orang dewasa adalah contoh ikutan pelajar. Tanpa contoh dan ajaran, pelajar akan terdedah dengan pengaruh lain yang lebih banyak menyebabkan keburukan.

Cara mendidik bukan dengan secara memberitahu atau menyatakan teorinya saja. Mesti ada contoh untuk diikuti. Pelajar lebih mudah mengikuti apa yang dilakukan orang dewasa, berbanding mendengar saja itu baik dan ini buruk.

Sesungguhnya, apa dilakukan ibu bapa lebih banyak mempengaruhi pembentukan akhlak anak-anak berbanding apa yang dicakapkan. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa menunjukkan tauladan yang baik agar mudah diikuti.

Didikan akhlak adalah harta pusaka paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Anak-anak yang terdidik akhlaknya dapat menggunakan harta paling berharga itu sepanjang hidupnya tanpa berkurang sedikit.

Sebaliknya, ibu bapa yang meninggalkan harta benda yang banyak kepada anak-anak, tetapi miskin akhlaknya akan melalui hidup yang sukar. Jumlah harta semakin digunakan semakin berkurangan terutama sekali jika tidak diuruskan dengan baik.

Anak yang runtuh moral menggunakan harta kekayaan milik ibu bapa dengan melakukan perbuatan yang akan merosakkan diri sendiri. Sikap boros, bongkak dan membelanjakan kekayaan ke arah kemusnahan adalah sikap orang yang rosak akhlaknya.

Sebab itu, ibu bapa yang baik lebih mementingkan memberi kasih sayang, mendidik pekerti mulia dan memberi perhatian kepada anak sebagai bekalan meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI SAFUD







IHYA' RAMADHAN- Program dimulakan dengan aktiviti tadarus al-Quran setiap hari selepas solat Fardhu Asar dengan bimbingan guru kelas masing-masing mengikut juzuk-juzuk yang telah ditentukan. Kemuncak pada program tadarus ini ialah Majlis Khatam al-Quran yang diadakan pada 7 September 2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430.Peserta khatam telah dipilih daripada kalangan murid-murid yang mempunyai tahap bacaan yang baik. Majlis khatam ini telah mendapat tajaan penuh daripada Badan Kebajikan Sekolah Agama dan Badan Agama Felda Ulu Dengar..alhamdulillah.

Friday, November 20, 2009

Nikmat

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami rafa'kan kepada-Mu atas nikmat iman dan islam. Besar harapan dan doa kami, agar nikmat-Mu ini berkekalan hingga akhir hayat kami..amin.